Tips Cari Jodoh



Daripada Anas r.a berkata : Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."
Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim


Hadis diatas memberi satu gambaran yang cukup membimbangkan bagi kaum hawa. Ini bukan Ustaz yang cakap, tapi Nabi Muhammad SAW sendiri yang berpesan kepada kita. 

Kalau perempuan ramai daripada lelaki, sudah tentu ada dikalangan perempuan yang tidak bertemu jodoh dan menjadi Andartu ( anak dara tua ). Namun begitu, perempuan-perempuan di Malaysia jangan risau, kerana menurut statistik terbaru...

Nisbah bilangan lelaki melebihi perempuan dengan 107 lelaki setiap 100 orang perempuan !


Psssttt... jangan seronok terlalu awal..ini jumlah secara keseluruhan. tidak tolak, bahagi, darab kaum lelaki yang meringkuk dalam tirai besi, pusat serenti, terlibat dengan ketagihan dadah dan sebagainya. 

Terganggu emosi kan?? siapalah bakal imam yang dinanti-nantikan tu. Umur pon dah masuk 35 tahun ni.. Mak Ayah di kampung dah bising, bila nak dapat cucu ! pening....pening...  

Bukan Kaum Hawa jer pening, Kaum Adam pun sama !


Kaum adam pon sekarang ni ramai juga yang belum berkahwin. Sebab apa? Sebab poket nipis. Kerja tetap pun susah nak dapat. Dah la sekarang ni Mas Kawen semua mahal-mahal. Tak tahu la bila boleh kawen..

Nak Tambah Pendapatan, Nah Ustaz bagi Lubuk Buat Duit RM 5000 sebulan !

Sambil-sambil tu jodoh kena cari jugak.. Bagi yang susah temui jodoh tu, sila baca apa yang Ustaz tulis ni...






So, dalam entry kali ini, Ustaz berhasrat ingin berkongsi Tips Menjemput Jodoh ! Kenapa Ustaz pilih tajuk ini? 

Ya, pasti ramai yang tertanya tanya..kenapa menjemput jodoh? Selalu yang kita dengar mencari jodoh. Sebenarnya perihal ajal maut,jodoh, rezeki ni semua kerja Allah Taala. Cuma, kita kena tahu cara bagaimana nak bertemu jodoh tu.

- Tidak semestinya couple kita sekarang ni jodoh kita
- Tidak semestinya orang yang kita suka tu jodoh kita
- Tidak semestinya orang yang hodoh lambat bertemu jodoh
- Tidak semestinya yang bajet HOT di sekolah dulu awal kawen

Betul tak? Sebab apa jadi begini...sebab jodoh tu ketentuan Allah Taala. Kita hanya boleh merancang. Jadi Ustaz nak bagi 3 Tips Menjemput Jodoh ! Pasti berjaya. InsyaAllah..


Tips Pertama : Persiapan Diri. Pergi belajar asas agama ( Ilmu Tauhid, Ilmu Fekah & Ilmu Akhlak ). Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik, begitulah sebaliknya. Ilmu perlu ada, terutama kaum adam. Tanpa ilmu, sesebuah rumahtangga itu ibarat " Bahtera Tanpa Nahkoda ". Antara sebab utama kes penceraian di Malaysia disebabkan jahil ilmu agama.. Ingat, Perkahwinan bukan Untuk Seronok semata-mata. Tapi ia adalah Amanah yang dipertanggungjawabkan.




Tips Kedua : Sentiasa Muhasabah diri. Lihat personaliti diri, yang lemah perbaiki dan cungkil kelebihan diri. Sifat yang positif bakal melahirkan hasil yang positif. Perkahwinan itu suatu Sunnah yang dituntut. Jika ada masalah kesihatan, pergilah ikhtiar berubat. Jika ada masalah kewangan, pergilah ikhtiar berniaga. Jika ada masalah emosi, pergilah rujuk kepada pakar. Berkahwinlah, InsyaAllah timbul segala kebaikan-kebaikan kepada diri anda.




Tips Ketiga : Berikhtiar, berusaha dan bertawakal kepada Allah. Jodoh perlu dijemput. Jika anda segan,malu untuk minta bantuan orang lain. Anda boleh pergi ke Portal Baituljannah. Jemputlah jodoh anda disana.. Daftar Percuma sahaja. Anda pasti jumpa calon pasangan anda disana. Semoga Berjaya !






Harap entry kali ini membantu anda semua untuk bertemu jodoh. Jangan lupa jemput Ustaz ya ke kenduri Nasi Minyak Korang!



Yang Ikhlas,


Ustaz Blogger

Comments