Menjawab Persoalan Puak Athies


Fahaman Athies ini sudah wujud di awal kedatangan Islam. Bagaimana pada zaman Imam Abu Hanifah ataupun nama sebenarnya Nu'man Bin Tsabit yang lahir pada 80 Hijrah bersamaan 699 masihi, pernah menjawab soalan seorang ilmuan Athies yang disegani dari kalangan Bangsa Rom.

Bagaimana angkuhnya ilmuan berfahaman athies ini yang ingin mencabar ulama-ulama Islam yang ada ketika itu untuk berdebat tentang kewujudan tuhan ! Sehinggakan orang ramai membanjiri kawasan masjid untuk mendengarkan perdebatan hebat antara ilmuan athies dengan ulama-ulama Islam.

Lihat Video Dr.Zakir : http://bit.ly/menjawab-soalan-athies

Lalu, Si Athies itu pun naik ke atas mimbar sambil mencabar sesiapa yang ingin berdebat dengannya. Ketika itu, Imam Abu Hanifah berada di dalam saf masjid berkata : " saya hendak bertukar fikiran dengan tuan. " Lalu, Imam Abu Hanifah dengan penuh hormat dan merendah diri berkata. " Apakah yang tuan ingin perdebatkan "


Ilmuwan Athies itu berasa hairan kerana Imam Abu Hanifah berani menerima pelawaannya sedangkan ketika itu Imam Abu Hanifah yang masih muda dan difikirkan masih mentah untuk menjawab soalan-soalannya.

Lalu, berlakulah perdebatan diantara keduanya yang dimulai oleh Si Athies.


[1] Atheis : Pada tahun berapakah Tuhan-mu dilahirkan? 
  Abu Hanifah : Allah berfirman “Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak  melahirkan”.



[2] Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah adalah yang pertama dan tidak ada sesuatu sebelum-Nya? , pada tahun berapa Dia ada? 
     Abu Hanifah : Dia (Allah) ada sebelum adanya sesuatu.



[3] Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan! 
     Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang nombor?
     Atheis : Ya. 
     Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
     Atheis : Tidak ada angka. 
     Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang  mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahului-Nya?



[4] Atheis : Dimanakah Tuhan-mu berada sekarang?, sesuatu yang ada, pasti ada tempatnya. 
    Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
    Atheis : Ya, sudah tentu. 
    Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
    Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu di seluruh bahagian.
    Abu Hanifah : Kalau keju itu pun tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Taala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!




[5] Atheis :Tunjukkan kepada saya zat Tuhan-mu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas? 
     Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal dunia?
     Atheis :Ya, pernah. 
    Abu Hanifah : Sebelum ia meninggal, sebelumnya dia mampu bercakap dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
    Atheis : Karena rohnya telah meninggalkan tubuhnya. 
    Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
    Atheis : Ya, masih ada. 
   Abu Hanifah: Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti  besi, atau cair seperti air atau menguap seperti gas?
   Atheis : Entahlah, saya tidak tahu. 
   Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk memberitahu akan zat Allah Taala?!!


[6Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah? 
     Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
     Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
     Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Taala, Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.



[7] Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
     Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.



[8] Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
    Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktikkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.


[9Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan? 
      Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila  dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.



[10] Atheis : “Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?”
      Abu Hanifah :“Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan,saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan”, pinta Abu Hanifah.

      Ilmuwan Athies itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. “Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya  apa pekerjaan Allah sekarang?”.Ilmuwan Athies mengangguk.

      Abu Hanifah: “Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tiada hak seperti tuan, Dia akan  menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu”.





Athies ini bermacam-macam perkara yang mereka fikirkan. Mereka menggunakan logik akal yang terbatas dan lemah yang hakikatnya juga datang daripada pemberian nikmat daripada Allah Taala.

Namun, apabila logik akal mempengaruhi segala-galanya, mereka telah membelakangi hak-hak Allah sebagai tuhan dan Agama sebagai pembimbing kehidupan.

Tujuan perkongsian ini bukanlah untuk menunjukkan saya lebih pandai dari kamu semua ( golongan athies ). Saya tahu ramai di kalangan anda yang cerdik pandai. Tapi, sepandai pandai kamu ( golongan athies ), inilah 2 fakta yang kamu wajib terima : " Sehebat manapun akal fikiran kamu, hakikatnya " 

- Nama kamu diberikan oleh orang lain.
- Matinya kamu nanti juga akan di uruskan oleh orang lain




Yang Ikhlas,
Ustaz Blogger


Comments