Buat Duit Dengan Blog



Sebenarnya Ustaz dah lama berjinak-jinak dengan Blogspot ni. Sejak 2008 lagi..waktu tu masih belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Nak tengok tak..blog lama Ustaz? Malu la nak tunjuk..

Try google tadi...jumpa juga akhirnya. Tapi jangan gelak ya. Time tu baru belajar nak menulis ni. ikut-ikut kawan. Inilah blog Ustaz dulu.. nak tengok klik sini

Masa tu tak ambil port pon untuk berbisnes dengan blogspot ni. Hanya dijadikan tempat menulis bila lapang sambil menghirup syai  ( teh o dalam bahasa arab ). Tapi sekarang, bila zaman dah berubah ni..hanya dengan sebuah blog..boleh buat duit masuk akaun bank hari-hari!


Tak perlu pon keluar modal besar-besar buka kedai, beli stok, upah pekerja dan sebagainya. Maklumlah, sekarang ni susah nak dapat kerja tetap. Jadi, alternatifnya buat bisnes ! Asal Barang Jadi Duit.. Kalau dapat kerja pon..gaji ciput..tak padan depan segulung ijazah yang bawak balik dari Tanah Arab tu..

Idea mulakan buat duit dengan blog ni berlaku selepas terjumpa secara kebetulan di internet ni. Waktu tu Ustaz tengah buntu..apa yang aku boleh buat untuk mencari rezeki yang halal demi menyara kehidupan sekeluarga... 5 perut nak kena isi ni. anak kecik-kecik lagi.




Tengah dok search di google, tiba-tiba Ustaz terklik link ni . Buat duit dengan blog? Macam best ni..Sebab sebelum ni memang ada sikit pengalaman guna blogspot. Tanpa berlengah Ustaz terus ambil keputusan follow tips-tips yang di ajar.

Sungguh mengagumkan ! Senang rupanya nak buat duit dengan blogspot ni. Tak perlu keluar modal besar-besar pon. Serendah RM50 sahaja keluar modal untuk dapatkan ilmu yang sangat berharga..sehingga Ustaz boleh menjana income yang agak lumayan !

Syukur Ya Allah.. Rezeki kami sekeluarga..

Ok lah, setakat ini dulu perkongsian ringkas dari Ustaz. Nanti Ustaz share macam mana kami boleh buat RM10 K dalam sebulan ! hanya dengan jual tudung kanak-kanak..


Yang Ikhlas,
Ustaz Blogger

Comments

Post a Comment