3 tempat terbaik untuk Tabungan Pendidikan di Malaysia



Sudahkah anda merancang masa depan anak-anak anda dengan baik? Kadar kos pendidikan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Mari kita pupuk minat anak-anak dengan cara menabung. Menabung satu amalan yang sangat baik dan menguntungkan pada masa hadapan.

Namun, semestinya anda terfikir..dimanakah tempat yang paling terbaik untuk menyimpan duit tabungan anak-anak anda kan..Duit raya 3 tahun lepas pun masih terletak elok di dalam almari ! Nasib baik tak dimakan anai-anai, kalau tidak buat rugi je pergi beraya rumah ke rumah..

Oleh itu, Kali ini Ustaz nak kongsikan 3 tempat terbaik untuk Tabungan Pendidikan di Malaysia.

1. Bank



Bank merupakan tempat sinonim bagi rakyat Malaysia untuk menyimpan duit. Banyak pilihan bank yang sesuai dengan kehendak anda. Contohnya Bank Islam, Maybank, CIMB Bank, Bank Muamalat, Affin Bank dan banyak lagi..

Namun, bagi yang beragama Islam perlulah memilih islamic bank yang patuh syariah. Supaya dapat melindungi diri terlibat dengan syubhah dan haram.


2. Tabung Haji




Tabung Haji juga diantara skim simpanan yang baik dan patuh syariah. Bukan sahaja boleh sediakan tabungan pendidikan. Malah,ia  juga turut membantu anak-anak untuk melengkap rukun Islam kelima sejak dari kecil.

Fakta terkini, siapa yang daftar haji dalam tahun ini, giliran haji mereka pada tahun 2060 dan keatas. Siapa yang belum daftar akaun Tabung Haji..pergilah buat akaun segera ! buka akaun hanya RM2 sahaja.


3. SSPN-i

SSPN-i merupakan skim simpanan pendidikan yang paling konprehensif dan memberikan pelbagai manfaat bagi penyimpan. Bukan setakat tabungan semata-mata, ia juga terdapat manfaat takaful. Paling menarik, skim simpanan ini mempunyai skim simpanan semurah RM1 sehari !

Wow ! murah sangat dah tu..tunggu dulu..lihat pakej yang ditawarkan  dibawah :

Pakej Simpanan Tabungan Pendidikan SSPN-i


Maklumat Detail SSPN-i : klik sini


Dah baca? Disini juga Ustaz sertakan anggaran kos pendidikan semasa dan masa akan datang. Semakin hari semakin meningkat kos pendidikan di Malaysia. Anda boleh bandingkan kos pendidikan anak dengan manfaat yang diperolehi dari pakej-pakej yang ditawarkan.

Anggaran Kos Pendidikan 








Untuk mengetahui anggaran jumlah simpanan terkumpul. Sila lihat Jumlah pada item ( simpanan terkumpul RM ). So, boleh dah slow-slow bincang dengan pasangan nak pilih pakej yang sesuai untuk masa depan pendidikan anak-anak anda !


Jika anda minta pandangan Ustaz, yang mana 1 pilihan tempat tabungan pendidikan anak. Mestilah saya pilih untuk menyimpan di SSPN-i. Bukan setakat dapat simpan duit sahaja..hal ehwal kebajikan turut diberi perhatian khusus dengan adanya Perlindungan Takaful !













5 langkah mudah daftar SSPN-i : Klik Sini


Semoga Maklumat ini dapat membantu anda semua !


Yang Ikhlas,
Ustaz Blogger

Comments